Jumaat, 9 Mac 2012

syiah kini...

BERITA DARI IRAQ: Ramai yang bertanya, bagaimana Iraq selepas kejatuhan Saddam?

Laporan berita Islammemo.com bertarikh Rabu, 16 November 2011 bertajuk "Maliki (PM Iraq) Memutuskan 120 ribu Tentera Mahdi Diserap ke Dalam Tentera Iraq".

Selepas diserang Amerika, negara Iraq diketuai oleh seorang Perdana Menteri Syiah bernama Nuri Maliki. Seorang pelampau Syiah bernama Moqtada As-Sodr yang berusi...a di awal 40-an menubuhkan pasukan militan khas yang dinamakan "Tentera Mahdi" pada tahun 2003 kononnya bagi menentang pencerobohan Amerika ke atas Iraq dan demi menjaga maqam dan masjid serta tanah suci mereka iaitu Najaf dan Karbala (bagi Syiah, dua tempat ini merupakan tanah suci yang darjatnya melebihi dari tanah Mekah dan Madinah). Tentera tersebut yang dianggotai oleh pengikut Syiah membunuh ramai rakyat Iraq Sunni selepas Saddam Husein digulingkan. "Tentera Mahdi" ini juga dilaporkan telah memasuki Syria bagi membantu tentera rejim Basyar memerangi kebangkitan rakyat Syria.

Di Iraq, 120 ribu anggota Tentera Mahdi telah diserap ke dalam tentera Iraq. Bayangkan bagaimana dengan kuasa yang ada pada mereka membunuh sesuka hati umat Islam Sunni di Iraq. Oleh kerana itu, tidak hairan Sunni di Iraq hari ini ditindas bahkan mereka yang bernama Aisyah, Abu Bakar dan Umar akan dibunuh dengan kejam!
sumber
http://www.facebook.com/#!/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

Tiada ulasan:

Catat Ulasan