Sesungguhnya Al Quran datang untuk membina satu umat. Ia dibina untuk
memikul amanat ugamanya di muka bumi. Justeru ia membina peribadi dan
peribadi itu dibina di dalam jamaah. Pembinaan itu pula berlaku secara
amalan dan praktikal dalam satu m...asa.
Maka Islam tidak tergambar kecuali di dalam satu ruang himpunan yang
tersusun, memiliki ikatan, peraturan dan tujuan iaitu membina manhaj
Ilahi di dalam diri dan masyarakat di muka bumi. Ia membina sebuah
masyarakat yang hidup, bergerak, bekerja dan menghasil produk kehidupan
yang membangunkan muka bumi di dalam hudud dan lingkungan manhaj Ilahi.
Islam, di sebalik kesungguhannya membina peribadi, bukanlah agama untuk
golongan yang suka menyendiri dan lari daripada masyarakatnya.
Sebaliknya, Islam datang untuk mentadbir kehidupan dan menguruskannya.
Maka pembinaan Islam terhadap diri dan peribadi adalah menumpu kepada
asas bahawa mereka mesti hidup di dalam masyarakat dan bersama
masyarakat menuju Allah dan manhajNya.
Itulah pembinaan di
hari pertama dakwah al Rasul bermula. Ia membina sebuah jamaah sahabat
yang dipimpin oleh ketaatan dan kepatuhan kepada ketua dan akhlak
jamaah. Ia terbina lebih awal sebelum terbinanya negara Islam di kota
Madinah, bahkan ia menjadi wasilah ke arah pembinaan negara Islam yang
pertama itu.
Nik Mohamad Abduh
Timbalan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan