1-
Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu
Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di
SYRIA.
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya
yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan
seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang
menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang
dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan
telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu
menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang
menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual
Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak
zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang
singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria
telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal
oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan
memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada
para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan
kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan
harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas
Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan
menyebarkan berita sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan