Khamis, 1 Mac 2012

Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa terhadap pengaruh Khomeinisma (bahagian 3)

Ibn Umar pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. : “Sesungguhnya kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang manhaj / sistem kehidupan)”.

"Perkara mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan Aqidah, kemudian berkenaan Ibadah dan yang ketiga tentang manhaj (sistem) hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan disini adalah tentang kelompok Aqidah yang sahih dan benar disisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada umatnya, berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh sistem hidupnya.

Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda : “Akan berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu kelompok, Lalu para sahabat bertanya : Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi menjawab : Apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya (islam yang tulen)”. (Riwayat Sunan Tarmizi)

Akan tetapi al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).

Aku memohon bersungguh-sungguh kepada golongan intelektual agar membuka mata kalian semua supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Aku juga memohon bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah mereka untuk mencegah pengaruhnya. 
Ini kerana “wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke dalam negara-negara Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).

Umat Islam mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan Aqidah yang tulen, bukan sebagaimana tindakan Syiah yang mereka-reka acuan Aqidah sendiri. Kita juga wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan mereka keatas umat ini.

Setiap “slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar terhadap apa yang telah berlaku disebalik sorotan sejarah yang lepas dan peristiwa yang berlaku sekarang?

Sesungguhnya mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh mereka sendiri.

Daripada Abu Hurairah , Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda : “Allah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah taala :  “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, sehinggalah kamu tidak akan diberikan pertolongan”. (Surah Hud : 113)

Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas. 

Adakah tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok Sunni namun tidak di berikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Masjid tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat Sunni di Iran dalam dewan Parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk-tengkuk mereka.

Adakah kita juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada Sunni di Lebanon, samada Sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh mendapatkan perlindungan disana. 

Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya.
Adakah itu semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka atas tipu daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?

Aku menegaskan, mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam, musuh kepada rakyat-rakyat mereka, musuh kepada tanahair mereka.
“..Ya Allah !!! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan pengiku-pengikutnya, aku mohon kelepasan daripada penguasaannya, sekutu-sekutunya dan daripada menjadi sekutunya.. Ya Allah !!! Perkenankanlah doa kami ..” 

Wassalam.. 


Diterjemahkan oleh :

Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan