Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak -
anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela
melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan
sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan
dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah
pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.
Along Negara.
Malangnya
kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu
pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan
PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011
pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana
disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.
Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :
a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
c]
Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion
iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya
diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
Kurangkan beban rakyat
Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.
Maka saya melihat Kerajaan
Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen
tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.
Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat
rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat
dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat
kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni.
Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan
wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan
syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :
a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur
tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ?
persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya
membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?
b] Syarikat milik penuh
kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan
telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa
bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata
Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS
g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion
i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama
ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu
mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada
rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika
tiada perkara ini ]
a] Projek Menara 100 tingkat
b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan
dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan
Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.
c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.
Realitinya, sejumlah RM 28
bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun
akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa
sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan
Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan]
dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya
mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.
Bagaimana PTPTN boleh mansuh.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk
melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat
tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus
tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian
sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.
Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah
pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka
kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling
minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai
ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat.
Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya,
maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di
pintu masuk PTPTN.
Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .
Suatu Sorotan .
Kelihatan retorik dan tidak
relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu
kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada
rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan
percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading.
Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan
melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.
Belum ada kes atau rujukan
negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya
pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan
mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.
Mahasiswa atau graduan yang
kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk
memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time
siang malam untuk memikirkan
hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan
hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk
tembolok sendiri.
Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :
Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka
Selepas yuran kampus
dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung
tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak
lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung
tikarnya.
Contoh pengiraan [Universiti Malaya]
a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.
b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.
c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :
1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL
d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]
Jumlah ini masih mampu
ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak
dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang
untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus.
Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan
yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.
وَلَوْ أَنَّ
أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ
مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا
كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami
akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Surah al A'araaf : 96
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan