"الشعب يريد اعدام الأسد" (Rakyat mahu Bashar Asad dihukum mati) itulah kalam semangat yang di laungkan si anak kecil yang bernama Umar yang berusia 4 tahun.Masya Allah...Petah sungguh dia berkata-kata untuk memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat Mesir berkenaan Syria.
Malaysia masih beruntung kerana keadaan masih aman.Namun si anak kecil ini yang kehilangan ibu akibat dibunuh rejim asad semakin faham erti kehidupan dan perjuangan dalam Islam.Berbeza sungguh bila di bandingkan kanak-kanak di Malaysia dan Timur Tengah.Majoriti, kanak-kanak di Malaysia didedahkan dengan hiburan,permainan namun anak-anak di Timur Tengah dididik dengan hafalan Al-Quran,perjuangan dan kefahaman kepada islam.
Kadang-kadang, saya berasa malu dengan anak kecil ini.Semangatnya dalam perjuangan semakin membara untuk menaikkan Islam di mata dunia.Setiap kali saya menonton video ini,air mata pasti mengalir.Saya terlalu kasihkan anak ini.Syria masih memerlukan umat islam untuk membantu mereka.
Duhai anak kecil yang disayangi, Allah memahami isi hatimu nak.Allah tahu kamu telah kehilangan ibumu namun usah kamu bimbang.Ibumu pergi sebagai "syahidah" di jalan Allah.Walaupun ibumu tiada di dunia,tetapi ibumu hidup di sisi Allah.
Duhai anak,bukankah Allah telah berfirman :
"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati.Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."
Duhai anak,saya disini sentiasa mendoakanmu dan Syria.Terima kasih nak kerana engkau memberi semangat kepadaku agar menuntut ilmu lebih mendalam demi mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.Teruskan perjuanganmu wahai anak.Allah sentiasa bersama denganmu dan akan memberi sakinah untuk menyerikan kehidupanmu walaupun engkau kehilangan ibumu.Moga engkau juga syahid di jalan Allah.Ibumu menantimu di syurga.Bergembiralah kamu di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan