Isnin, 27 Februari 2012

Tangisan Syria


Tangisan syria semakin hari semakin memuncak dek kerana keganasan rejim Assad yang ingin menghapuskan ahli sunnah wal jamaah.Masya Allah…buruk sungguh sikap mereka!Di hadapan seperti islam,namun disebaliknya, merekalah musuh islam!Ramai orang masih tidak mengetahui ISU-ISU ini kerana merasa masih berada dalam keadaan selesa.Itulah umat islam kini.Islam pada namanya namun bukan pada hati dan sikapnya.

                                
Video ini adalah keganasan rejim Bashar Assad kepada ahli sunni
                                              
Bayangkan andai ahli keluarga kita di sembelih,dibunuh!

(Gambar kanan sekali ialah rupa sebenar Hamzah Bakur, gambar sebelum dan selepas pembedahan)
 

 Video dan gambarnya telah tersebar dalam keadaan rahang dan mulutnya telah tercabut. Pembedahan telah dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya sejurus dibawa ke hospital tetapi Allah lebih menyayanginya. Namanya Hamzah Bakur. Hamzah meninggal dunia tidak lama kemudian. Jumpa kamu di syurga wahai Hamzah!


 
  
Penderitaan kanak-kanak syria.Bayangkan andai ini anak-anak atau adik2 kita!



Anak ini disembelih kepalanya..!Masya Allah..Moga dirimu Marwa di tempatkan besama orang yang syahid







Kanak-kanak lelaki ini kelihatannya sudah puas menangis, kering airmata untuk menangisi apa yang berlaku ke atas dirinya. Hanya tulisan yang tertera menerangkan perihalnya.."AKU ADALAH ANAK YATIM..HAFEZ (AL-ASAD) TELAH BUNUH DATUK AKU,BASYAR TELAH BUNUH AYAH AKU"..Kanak-kanak ini kehilangan datuknya dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Hama 1982 dan Basyar yang membunuh ayahnya tahun 2011..



"Kamu membunuh kaum yang rindukan syahid"..Salah sebuah dinding di Syria tertulis..Kamu silap wahai Basyar jika kamu fikir rakyat Syria akan berundur dgn keganasan tentera kamu..Kamu seribu kali silap!

Kenyataan orang syiah tentang isu Taqiyyah (Berlakon) dengan orang sunni
dan Mereka juga mengkafirkan para sahabat nabi




Sumpah dan ikrar rakyat Syria.Hidup dan Matiku untuk Allah!




1. Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi ttg situasi Syria
2. Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari (Valentine day) - Rakaman    LIVE oleh penduduk Syria

Sahabat,ini baru sedikit penderitaan yang di alami mereka.Masih banyak lagi penderitaan-penderitaan yang mereka terpaksa tempuhi dan alami.Kita kini masih berasa selesa.Masih boleh berbangga dengan kekayaan,keluarga,harta yang ada.Bayangkan andai ini semua berlaku kepada kita!

Kita sekarang masih pentingkan diri sehingga kita terlupa penderitaan umat islam yang lain.Kadangkala kita rasa ujian kita terlalu berat tanpa memikirkan ujian yang lagi dahsyat kepada umat islam yang lain.Setiap kali kita solat,pernahkah kita mendoakan mereka?Pernahkah kalian menangis kerana mereka?Pernahkah kalian menyumbangkan sedikit harta untuk mereka?Sedarlah kalian dengan penderitaan mereka!Jangan dek kerana kelalain kita,mereka menuntut kita di akhirat kerana tidak mengendahkan mereka!Waktu itu tiada gunanya lagi untuk kita menyesal!


Sahabatku,
Sedarlah!
Dunia Islam lebih memerlukanmu
Dunia Islam menuntut haknya terhadap dirimu
Menjawab setiap tohmahan
Menjawab setiap kritikan
Menentang kezaliman
Dengan keputusan yang membanggakan!




Sabtu, 25 Februari 2012

BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini
















Pelbagai cerita dan kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

 Antara mereka yang tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah kerana semata-mata bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]
 
Begitu juga Muhammad Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2]. Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah. 

Setelah Monggol berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.

Namun al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada umat Islam : “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]

Sultan Abdul Hamid[4] dalam peringatannya : “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid (Syiah) dan Uthmaniah (Sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”

Kita sebenarnya tidak menginginkan persengketaan antara Syiah dan Sunni, akan tetapi al-Khomeini telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.

Begitulah kanvas sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan Syiah Safavid yang bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum itu mereka telah berperanan menatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.

Seterusnya membawa kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.
Antara pendirian pelik dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini :


1. Semangat ingin menguasai Dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya


Apa yang berlaku di Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di Iraq,  merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan memaksa Sunni untuk bersama memeluk Syiah.

Mereka telah mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan Gerakan Hizbullah[6] merupaka gerakan bersenjata Syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada rakyat Sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7]


Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kerajaan Syiah Syria  untuk penyingkiran kelompok Sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel untuk membasmi Sunni dibumi Palestin.

Dendam mereka kepada Sunni yang membuak menggalakkan kerajaan Syiah Syria juga berusaha sedaya upaya membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri dan Armenia. Mereka masuk meresap kedalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada kerajaan Uthmaniah.

Syiah juga melalui perancangannya untuk menghapuskan kelompok Sunni di Sind, salah satu wilayah di Pakistan, dengan menyertai parti-parti disana dan mewujudkan gelombang penentangan terhadap Sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di Paskistan.

Catatan paling hitam penah berlaku apabila tercetusnya peperangan Syiah Iran dan Sunni Iraq sehingga Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam terhadap peang saudara yang berlaku itu.

Itulah revolusi yang telah dilakukan oleh puak Syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.




2. Strategi pakatan yang jahat (Tahaluf)


Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Disana dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran melakukan banyak pakatan.

Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah Nasiriah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]

Apa yang kita dapati, terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga delagasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.

Semua ini adalah bukti daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh Dunia Islam dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ianya benar-benar bertentangan dengan slogan dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.


3.  Kemajuan umat Islam dan kekayaan mereka dirampas

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya yang ingin berkuasa.
Dia sanggup mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang sehinggalah berkahirnya peperangan.[10] 

Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan dan kerjasama.

Bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah dalam gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden.


4. Melembapkan kebangkitan Islam

Sebelum kedatangan al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi masing-masing disetiap penjuru-penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.


Namun, apabila munculnya al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan) yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam ketika itu. 

Penglibatan Syiah dipersada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai kerugian. Yang untung hanyalah Syiah semata-mata.

Ketika mana ada tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam, lalu disekatnya dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan helah.

Antara strategi dan perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab Syiah sebagai tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak Sunni disana dinafikan hak-hak mereka. 

Sebagaimana yang diketahui, tidak ada walaupun satu daripada masjid kepada penduduk Sunni. Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kongkongan tanpa diberikan peluang.
Dalam pentadbirannya, kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai latihan-latihan ketenteraan.

Al-Khomeini sentiasa menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang menginginkan hak mereka yang diabaikan didengari. Apa yang kita dapati sekarang bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.


5.Pura-pura (Taqiyyah) dan Persenjataan.

Kebanyakan daripada puak Syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiah (menipu) melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.


Apa yang berlaku, pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah, kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyah tersebut untuk mengadakan kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara  rahsia untuk mendapatkan bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.
Mereka sentiasa ber taqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai mengaburi mata umat Islam semata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan tersebut utk menjaga modus operandi utama mereka menawan seluruh dunia Islam. 

Kita boleh lihat apa yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO disana. Mereka menjalankan beberapa perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut untuk mencapai kehendak mereka. 


Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam 

Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran keatas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang akan mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah Daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan Daulah Islam yang Batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang.
Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan elbagai kekacauan, kerosakan dan wala’ (tunduk) kepada musuh-musuh Allah.  

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.[11]


Bersambung pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah al Jamaah)


Wallahu a'lam
Diterjemahkan oleh :
Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



[1] Peperangan tersebut berlaku selama 40 hari sehinggalah pada tanggal 10 Februari 1259. Setelah itu, Baghdad dikuasai sepenuhnya secara rasmi oleh Monggol.
[2] Imam ibn Kathir menyatakan bahawa 800 000 atau 1 00 000 umat Islam terbunuh. 
[3] Kitab al-Hukumah al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini : m/s 128
[4] Sultan Abdul Hamid adalah sultan ke-34 bagi kerajaan Khilafah Uthmaniah. Beliau merupakan sultan terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak dalam khilafah Uthmaniah sebelum jatuhnya pada tahun 1924 M.
[5] Diasaskan di Lebanon oleh Musa al-Sadr pada tahun 1975 M disebabkan konflik bersenjata. Beliau berpegang dengan mazhab Syiah Ja’fariah.
[6] Sebuah Parti Politik di Lebanon beroreantasikan persenjataan. Diasaskan pada 1982 M oleh Hassan Nasrallah melalui inspirasi Revolusi Iran 1979 M.
[7] Peristiwa ini berlaku di Lebanon pada 1982 M. Pengusiran besar-besaran Sunni disana melalui persepakatan antara Syiah Isna ‘Asyar, Syiah Nasiriah, Druze,  dan Israel dengan memerangi Organisasi Pembebasan Palestin.
[8] Peperangan ini dikenali dengan Perang Teluk Pertama. Ianya berlaku pada tahun 1980-1988
[9] Akhbar al-Ra’y al-Am bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".
[10] Perang Teluk Pertama (Iran-Iraq) pada tahun 1980-1988 M
[11] Hadis Sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.

الشعب يريد اعدام الأسد (Rakyat mahu Bashar Asad dihukum mati)

                                                  



                           
   "الشعب يريد اعدام الأسد" (Rakyat mahu Bashar Asad dihukum mati) itulah kalam semangat yang di laungkan si anak kecil yang bernama Umar yang berusia 4 tahun.Masya Allah...Petah sungguh dia berkata-kata untuk memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat Mesir berkenaan Syria.

Malaysia masih beruntung kerana keadaan masih aman.Namun si anak kecil ini yang kehilangan ibu akibat dibunuh rejim asad semakin faham erti kehidupan dan perjuangan dalam Islam.Berbeza sungguh bila di bandingkan kanak-kanak di Malaysia dan Timur Tengah.Majoriti, kanak-kanak di Malaysia didedahkan dengan hiburan,permainan namun anak-anak di Timur Tengah dididik dengan hafalan Al-Quran,perjuangan dan kefahaman kepada islam.

Kadang-kadang, saya berasa malu dengan anak kecil ini.Semangatnya dalam perjuangan semakin membara untuk menaikkan Islam di mata dunia.Setiap kali saya menonton video ini,air mata pasti mengalir.Saya terlalu kasihkan anak ini.Syria masih memerlukan umat islam untuk membantu mereka.

Duhai anak kecil yang disayangi, Allah memahami isi hatimu nak.Allah tahu kamu telah kehilangan ibumu namun usah kamu bimbang.Ibumu pergi sebagai "syahidah" di jalan Allah.Walaupun ibumu tiada di dunia,tetapi ibumu hidup di sisi Allah.

Duhai anak,bukankah Allah telah berfirman :
"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati.Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."

Duhai anak,saya disini sentiasa mendoakanmu dan Syria.Terima kasih nak kerana engkau memberi semangat kepadaku agar menuntut ilmu lebih mendalam demi mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.Teruskan perjuanganmu wahai anak.Allah sentiasa bersama denganmu dan akan memberi sakinah untuk menyerikan kehidupanmu walaupun engkau kehilangan ibumu.Moga engkau juga syahid di jalan Allah.Ibumu menantimu di syurga.Bergembiralah kamu di sana.

Khamis, 23 Februari 2012

"El-Khumainiyyah:Pelik dari sudut Aqidah, Pelik dari sudut Pendirian" (Bahagian 1)


TERJEMAHAN KITAB
 
(AL-KHOMEINIAH)
karangan oleh : Saied Hawwa
   PENDAHULUAN KITAB

Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.
Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.
Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.
Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.
Al-Khomeini telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripada Zoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.
Tiga tujuan utamanya :
1. Merosakkan Akidah umat Islam
2. Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk
    yang mulia
3. Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah
Kitab kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini

Semenjak tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada kekufuran.
Setelah itu timbullah pelbagai firqah (puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah, Nasiriah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna ‘Asyar.
Sesungguhnya Syiah Isna ‘Asyar (puak Syiah yang mempercayai 12 Imam mereka maksum yang diimani oleh Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jaamah.

Antara Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas : 
1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka
Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai perkara Usul yang perlu diimani.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]
Mereka juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]
Perkara-perkara tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Raja dan Nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai 
    dan diputarbelitkan
Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]
Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.
Telah bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah kafir selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).
Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka dikatakan palsu.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, tidaklah disisi Syiah Imamiah mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]
Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

4. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.
Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.
 Al-Khomeini ada menyebut : “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]
Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti kepada Ali. 

5. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.
Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.
Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]  

6. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’
Antaranya adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).
Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.
Ianya umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah
Syiah berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.
Al-Khomeini dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]
Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’ 


Dalam kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.
Kenyataannya ketika menghuraikan Usul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.
Dia berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]
Bersambung pada Bab Kedua (Pendirian-pendirian Pelik Khomeini)
Wallahu a'lam.
Diterjemahkan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



[1] Ayatullah Khomeini lahir di Khomein pada 24 oktober 1902. Khomein, merupakan dusun yang berada di Iran tengah. Keluarga Khomeini adalah keluarga Sayyid Musawi, keturunan Nabi melalui jalur Imam ketujuh Syi’ah, Imam Musa Al-Kazhim.
[2] Kitab Hayatil Qulub oleh Imam Muhammad al-Baqir al-Majlisi  : juzu’ 3 m/s 10
[3] Kitab Usul al-Kafi oleh Imam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini : m/s 287
[4] Kitab al-Hukumah Islamiyyah oleh Ayatullah Khomeini : m/s 52
[5] Usul al-Kafi : m/s 239
[6] Kitab Mir’aatul Qulub oleh Muhammad al-Baqir al-Majlisi : m/s 253
[7] Mutawatir ialah Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh ramai sahabat yang tidak mungkin bersepakat para sahabat untuk menipu dan memalsukannya.
[8] Kitab Aslu al-Syiah wa Usuliha oleh Syeikh Muhammad Husain Ali Kasyif al-Ghita’ : 
m/s 79
Beliau juga daripada Syiah Isna ‘Asyar namun beliau banyak menyingkapkan pelbagai kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Syiah Isna ‘Asyar.
[9] Kitab Kasyful Asrar karangan Ayatullah al-Khomeini : m/s 112
[10] Kasyful Asrar : m/s 107-108
[11] Kitab al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw oleh Dr. Anuar Hamid Isa : m/s 90
[12] Nikah Mut’ah adalah nikah untuk melepaskan keinginan nafsu dan bersedap-sedap. Hukum ini telah dinasakh dan Ijma’ mengharamkan pada zaman sekarang. Jika dilakukan juga ianya menjadi zina.
[13] Al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw : m/s 163
[14] Kitab al-Ta’adil wa al-Tarjih oleh Ayatullah al-Khomeini : m/s 82
[15] Pada hari Ahad bersamaan 2/3/1986 ketika sambutan kelahiran Sayyidah Fatimah al-Zahra