Isnin, 11 Jun 2012

Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2011 - 2013


AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN
PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 20011 – 2013
1.
PRESIDEN
: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
2.
TIMBALAN PRESIDEN
: TUAN HAJI MOHAMAD SABU
3.
NAIB PRESIDEN
: YB SALAHUDDIN AYUB
4.
NAIB PRESIDEN
: YB DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA
5.
NAIB PRESIDEN
: YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
6.
KETUA DEWAN ULAMAK
: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
7.
KETUA DEWAN PEMUDA
: USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
8.
KETUA DEWAN MUSLIMAT
: YB SITI ZAILAH YUSOF
9.
SETIAUSAHA AGUNG
: DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
10.
PEN. SETIAUSAHA AGUNG
: YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
11.
PEN. SETIAUSAHA AGUNG
: YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
12.
PEN. SETIAUSAHA AGUNG
: TUAN AHMAD SABKI YUSUF
13.
BENDAHARI PAS PUSAT
: YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
14.
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT
: DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
15.
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA
: YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
16.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: TUAN MAZLAN ALIMAN
17.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR
18.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: TUAN HANIPA MAIDIN
19.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DR DZULKEFLY AHMAD
20.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
21.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB HJ KHALID ABD SAMAD
22.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN
23.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB IR AMIRUDDIN HAMZAH
24.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB HJ ABDUL WAHID ENDUT
25.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: DATO' USTAZ ABU BAKAR CHICK
26.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DATO' USTAZ MOHD AMAR ABDULLAH
27.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: DATO' DR MAHFODZ MOHAMED
28.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DR SITI MARIAH MAHMUD
29.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DATO' DR HASSAN MOHAMAD ALI
30.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
31.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
32.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: USTAZAH NURIDAH SALLEH
33.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
34.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: USTAZ IDRIS AHMAD
35.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: HAJI ASMUNI AWI
36.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: YB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
37.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: TUAN ZULKEFLY MOHAMMAD IMAR
38.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
: ABANG AHMAD KERDEE MASAGUS
PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI
1.
PESURUHJAYA PAS KELANTAN
: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
2.
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU
: YB ABDUL WAHID ENDUT
3.
PESURUHJAYA PAS PERLIS
: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
4.
PESURUHJAYA PAS KEDAH
: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
5.
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG
: YB USTAZ MOHD SALLEH MAN
6.
PESURUHJAYA PAS PERAK
: USTAZ ABU BAKAR HUSIN
7.
PESURUHJAYA PAS PAHANG
: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
8.
PESURUHJAYA PAS SELANGOR
: YB DR ABD RANI OSMAN
9.
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN
: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
10.
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN
: YB MOHD TAUFEK ABDUL GHANI
11.
PESURUHJAYA PAS MELAKA
: TUAN ADLY ZAHARI
12.
PESURUHJAYA PAS JOHOR
: DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
13.
PESURUHJAYA PAS SABAH
: TUAN MOHD AMINUDDIN ALING
14.
PESURUHJAYA PAS SARAWAK
: TUAN HAJI ADAM AHID

Silsilah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat


Kisah Huruf Alif

Semenjak diangkat menjadi gabenor Mesir oleh Khalifah Umar Al-Khattab, Amr bin Al-Ash tidak lagi turut serta di medan pertempuran. Dia lebih banyak tinggal di istananya di Mesir. Di hadapan istananya yang mewah itu terdapat sebidang tanah yang luas dan sebuah pondok usang milik seorang lelaki... yahudi tua. “Alangkah baik dan indahnya jika di atas tanah itu berdiri sebuah masjid”, detik hati si gabenor. Dipendekkan cerita, yahudi itu dipanggil mengadap gabenor untuk melakukan proses tawar-menawar bagi membeli tanah milik Yahudi tua itu. Namun keputusannya sungguh mengecewakan. Amr bin Ash sangat kesal kerana orang tua itu menolak dan enggan menjual tanah dan pondok buruknya. Ini kerana harga yang ditawarkan oleh gabenor adalah lima kali ganda dari harga pasaran. “Baiklah jika itu keputusanmu, saya harap anda tidak menyesal!”. Tegas gabenor dengan nada ancaman. Setelah orang tua yahudi itu berlalu, Amr segera memerintahkan orang bawahannya mengeluarkan sepucuk surat pemberitahuan bagi membongkar tanah milik yahudi tersebut. Apabila peristiwa itu berlaku, orang tua tadi hanya mampu menangis kerana tidak berdaya melakukan apa-apa. Dalam situasi mengecewakan itu, terdetiklah dalam hati orang yahudi itu untuk mengadu keputusan gabenor Mesir kepada Khalifah Umar al-Khattab. “Ada apa-apa keperluan yang pentingkah wahai datuk, kerana kau datang begitu jauh ke sini?, tanya Umar al-Khattab kehairanan. Orang tua itu sebenarnya sungguh gementar berdepan dengan seorang klhalifah yang berkedudukan tinggi dan penuh wibawa. Walaupun pada hakikatnya penampilan khalifah Umar amat sederhana dibandingkan dengan keluasan kekuasaan pemerintahan beliau. Setelah degup jantungnya bertambah reda, orang tua itu mula bercerita bagaimana perjuangannya mempertahankan miliknya dan melaporkan aduan kesnya dengan penuh kesedihan. Merah padam wajah Umar apabila mendengar aduan datuk tua Yahudi itu. “MasyaAllah, kurang sopan sungguh Amr!”, kecam Umar. “Sungguh tuan saya tidak mengada-adakan cerita walau sepotong ayat”, sahut orang tua itu bertambah gementar dan kebingungan. Malah dia semakin bingung apabila Umar memintanya mengambil sepotong tulang lalu menggoreskan sesuatu pada tulang itu dengan pedangnya. “Berikan tulang ini kepada gabenorku, saudara Amr bin Ash di Mesir,” perintah khalifah Al-Faruq Umar al-Khattab. Orang Yahudi itu semakin kebingungan, “Tuan, adakah tuan sedang mempermainkan saya?” kata Yahudi tua itu dengan suara yang perlahan. Dia mula cemas dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Jangan–jangan khalifah dengan gabenornya sama saja. Yalah, di mana saja manusia yang majoriti dan memegang tampuk pemerintahan dan kekuasaan pasti akan menindas kaum minoriti. Malah mungkin aku akan ditangkap dan dituduh sebagai seorang subversif,” bisik hati orang tua itu dengan penuh curiga dan khuatir. Namun dia tetap mengadap gabenor Mesir sebagaimana yang diarahkan oleh khalifah Umar al-Khattab. Setelah menyerahkan tulang goresan Umar kepada gabenor Mesir, orang tua itu semakin tidak faham. Dia semakin tidak faham kerana gabenor Mesir dengan segera memerintahkan sesuatu yang di luar dugaan. “Runtuhkan masjid itu!”, teriak Amr bin Ash dengan nada yang gementar. Wajah gabenor Mesir itu pucat, seperti dilanda satu situasi ketakutan yang amat dahsyat. Yahudi itu segera berlari keluar dari istana, menuju ke kawasan pondok usangnya bagi melihat akan kebenaran arahan gabenor tadi. Tepat sekali sebagaimana yang dijangkakan. Beberapa petugas sedang bersiap sedia menghancurkan masjid yang tersergam indah yang hampir siap dibina itu. “Tunggu!”, jerit orang tua itu. “Maafkan saya tuan gabenor, tolong jelaskan kepada saya segala peristiwa yang pelik ini? Adakah ia berpunca daripada tulang itu? Apa keistimewaan tulang itu sehingga Tuan begitu nekad membuat keputusan merobohkan semula bangunan yang amat mahal ini? Sesungguhnya saya benar-benar tidak faham?”, tanya orang tua itu bertalu-talu dengan nada yang penuh kehairanan. Amr bin Ash memegang bahu datuk tua itu penuh mesra, “Wahai datuk, sebenarnya tulang itu hanyalah tulang biasa, baunya juga busuk”. “Tapi…”, orang tua itu cuba mencelah. “Namun, kerana ia mengandungi perintah khalifah, maka tulang itu menjadi sangat bererti. Ketahuilah, tulang yang busuk itu adalah peringatan bahawa setinggi mana pun kekuasaan seseorang ia akan kembali menjadi tulang yang busuk. Manakala huruf alif yang digores di atas tulang itu bermaksud kita mestilah berlaku adil sama ada ke atas (di kalangan pembesar) mahu pun ke bawah (di kalangan rakyat biasa). Lurus seperti huruf alif dari atas hingga bawah. Dan bila saya tidak mampu menegakkan keadilan, khalifah tidak akan teragak-agak untuk memenggal kepala saya!”, jelas gabenor Mesir itu panjang lebar. “Sesungguhnya, amat agung ajaran agama tuan. Sungguh, saya rela menyerahkan tanah dan pondok usang saya itu. Dan bimbinglah saya dalam memahami ajaran Islam,” ujar orang Yahudi itu penuh keikhlasan berserta linangan air mata yang tidak tertahan.

Syair Imam Syafie di Akhir Hayatnya

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

... وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha
Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit
perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai
jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan
menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat
dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta
hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah
dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan
kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang
telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari
kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di
hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku
tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku
ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati
Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia
ini dia membisu

يـقــول:
حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah
tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat
bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap
aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan
berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan
kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba
adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.