Ahad, 25 Disember 2011

KENAPA PERLU BERKIRA?

Tatkala merungkaikan erti “kira”,skopnya cukup meluas dan pelbagai takrif yang boleh kita simpulkan.Saya bukanlah guru matematik yang ingin mengajar sahabat bagaimana cara membuat pengiraan yang tepat  tetapi yang ingin saya rungkaikan ialah perkataan “berkira”.

Ramai orang berkira dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
Ramai orang berkira ketika melaksanakan gerak kerja islam.
Ramai orang berkira dalam melaksanakan amal ibadah kepada Tuhannya.
Ramai orang berkira ketika mengeluarkan wang ke jalan Allah kerana takut kehabisan wang.

Kesimpulan yang ingin saya bawakan ialah kenapa manusia selalu “berkira” dalam melaksanakan amal kebaikan kepada Tuhannya sedangkan Allah tidak pernah “berkira” dalam memberi rahmat dan nikmat kepada kita.

Cuba kita renungkan kembali,nikmat iman,islam dan nikmat pernafasan yang allah berikan kepada kita sejak dahulu.Terlalu besar nikmat ini sehingga kita tidak mampu “mengira” kenikmatan yang telah diberikan sepanjang kehidupan kita.Namun di atas sikap kelalaian kita sebagai hambanya,kita alpa dan leka di atas nikmat ini sehingga kita terlupa bagaimana cara membalas penghargaan tersebut.

Bila kita membincangkan tentang nikmat,terlalu luas untuk kita fokuskan kerana nikmat yang Allah berikan kepada kita tidak pernah putus sehingga ke akhir kelak..Masya allah..hebat sungguh “pemberian” Allah s.w.t kepada kita tanpa “berkira-kira” ketika memberi,sehingga kita  tidak mampu “mengira”nikmatnya.Bagi orang yang melakukan kebaikan,balasannya syurga.Itu “mindset” kita.Semua orang impikan syurga,namun,kenapa perlu berkira dalam melakukan kebaikan?? !Satu muhasabah untuk kita.

Di dalam kitab  "ماذا يعني انتمائي للمسلام"(apa erti saya menganut Islam)  di bahagian tajuk “saya mestilah muslim di sudut ibadah” dalam item ke 4, yang mana Ustaz Fathi Yakan menegaskan bahawa kita mestilah merasa tamak yang tidak merasakan cukup dan rakus yang tidak merasakan kenyang dalam melaksanakan ibadah.

Benarlah janji allah pada kita dalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang menolong-Ku) sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.Tidaklah hambaku menghampirkan diri kepadaKu dengan (melakukan) sesuatu yang paling Aku sukai selain daripada perkara yang telah Aku fardukan kepadanya.Sentiasalah hambaKu menghampirkan diri kepada-Ku dengan (melakukan) perkara-perkara sunat sehinggalah aku mengasihinya.Apabila aku mengasihinya,maka Akulah pendengarannya yang ia mendengar dengannya,Akulah penglihatannya yang ia melihat dengannya.Akulah tangannya yang ia menampar dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya.Apabila ia meminta kepada-Ku nescaya pasti akan Ku berikan kepadanya,apabila beliau meminta perlindunganKu nescaya pasti beliau Ku lindungi.Tidaklah Aku merasa ragu –ragu (melakukan) sesuatu yang Ku lakukan seperti keraguanKu untuk( mencabut )nyawa hamba-Ku yang mukmin yang bencikan mati (sedang) Aku benci menyakitinya.(Riwayat al-Bukhori)

Subhanallah…nikmat sungguh janji Allah terhadap hambaNya yang sentiasa mencari cinta dan redhoNya tanpa berkira-kira dalam melakukan kebaikan.Sepatutnya,kita perlu rasa tamak dalam melaksanakan kebaikan dan mengerjakan ibadah,namun disebabkan kemalasan yang menimpa kita,cita-cita yang kita impikan(syurga) punah sebegitu sahaja.Kita sebagai hambanya,hanya tahu meminta dan menadah tangan kepadaNya sahaja,tetapi pembalasan kita terhadap Allah s.w.t cukup mengecewakan.
Tatkala kita menikmati ketenangan,kebahagiaan,kegembiraan dan sebagainya,di mana ucapan syukur kita terhadap Allah s.w.t? Tatkala seruan azan dilaungkan,ke manakah kaki kita melangkah ketika itu?Tatkala kita mampu menghabiskan masa dengan facebook berjam-jam, di mana masa kita dengan helaian al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan kita?Tatkala Allah memberi ruang kepada kita untuk tidur, di mana masa kita untuk bangun berqiamullail bertemu dengan Allah?

Lihatlah,inilah pemberian kita terhadap Allah..!Patutkah kita sebagai hambanya membalas penghargaan sedemikian rupa ,tanpa memikirkan “perasaan Allah” yang “terluka” dengan sikap kita.Walaupun Allah “terluka” dan “hampa”,namun maghfirah dan rahmatnya tidak pernah putus-putus diberikan kepada hambanya.

Saya tertarik dengan sebuah hadis qudsi yang saya rasakan cukup syahdu dan pilu ketika membacanya yang bertajuk keluasan keampunan Allah s.w.t.
Daripada Anas r.a,katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “Wahai anak Adam!Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepadaKu,maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.Wahai anak Adam!Sekiranya dosamu setinggi langit,kemudian kamu memohon ampun kepadaKu,nescaya Aku mengampuni dosamu.Wahai anak Adam!Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi,kemudian kamu menemuiKu di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyukutukanKu dengan yang lain,nescaya aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.(Diriwayatkan oleh Tirmizi,kitab al-Wafi <Syarah Hadis 40-Imam Nawawi>)

SUBHANALLAH…inilah rahmat yang Allah berikan kepada kita dan DIA tidak pernah “berkira” untuk memberinya.

Sedarlah wahai sahabat,kita semakin lupa menghargai pemberian Allah.Kita semakin alpa dengan pinjaman nyawa yang Allah berikan kepada kita.Kita tenggelam dalam nikmatNya sehingga kita terlupa membalas nikmat yang DIA kirimkan buat kita dengan jalan kebaikan.Ingatlah wahai teman,Allah tidak rugi andai kehilangan kita tetapi kita adalah insan yang paling rugi andai kita kehilangan Allah s.w.t. Semoga kita tergolong dalam golongan oarang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..salam ukhwahfillah…

Sabtu, 17 Disember 2011

KE MANAKAH AIR MATA KITA DITUMPAHKAN?


“Siapa di antara kita pernah menangis kerana umat?” sila angkat tangan. “Siapa di antara kita bangun malam,dalam solatnya menangis kerana umat?” sila angkat tangan.

Lama saya mendiamkan diri.Terpaku saya tatkala soalan ini diajukan oleh salah seorang  anak usrah saya sewaktu kami mendiskusi isu semasa .Saya bertanya pada diri adakah aku pernah menangis kerana umat? Sedangkan sepanjang hidup saya, jarang sekali air mata ini tumpah kerana umat.Kebiasaannya ,air mata ini akan jatuh ketika berada dalam kesedihan,kesusahan,keresahan  dan semua itu hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk umat.Satu muhasabah untuk kita bersama.

Secara hakikatnya,air mata mudah mengalir tatkala diri berada dalam kesusahan,kekecewaan,keresahan dan sebagainya.Adakah tangisan sebegini tangisan yang berkualiti?

Memang tidak dinafikan,air mata merupakan satu anugerah yang allah kurniaka buat manusia .Mengikut kajian, allah menjadikan tangisan itu adalah untuk mencuci mata dan membuang kimia yang menyebabkan stress dalam badan kita.

Antara tangisan yang berkualiti ialah :
1)      Tangisan orang yang bertaubat
2)      Tangisan orang yang munajat kepada Allah
3)      Tangisan orang yang mengenang pengorbanan rasul dan para sahabat
4)      Tangisan orang yang memikirkan masalah umat
5)      Tangisan orang yang bersyukur dan redho dengan ketentuan Allah
6)      Tangisan orang yang mendapat kebahagiaan dalam hidupnya

Satu muhasabah untuk kita bersama.Adakah air mata yang kita selalu tumpahkan tergolong dalam item-item di atas?Kita selalu mengungkapkan bahawa kita cintakan Allah dan Rasulullah,tetapi mana buktinya?

Umat dahulu menangis kerana tidak dapat ikut peperangan tetapi umat sekarang menangis kerana idola mereka tersingkir dari rancangan kegemaran mereka.
Umat dahulu menangis kerana terlalu rindu untuk betemu rasulullah tetapi umat sekarang menangis kerana rindukan kekasih mereka.
Umat dahulu menangis kerana  takut andai cintanya ditolak oleh Allah tetapi umat sekarang menangis kerana takut andai cinta mereka ditolak kekasih hati.

Saya ingin menceritakan satu kisah tentang pohon tamar yang menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah s.a.w.

 Mimbar di Masjid Nabawi asalnya diperbuat dari pohon tamar.Ia adalah tempat Rasulullah s.a.w bersandar ketika menyampaikan khutbah.Suatu hari,dibuatkan bagi Rasulullah s.a.w mimbar yang baru untuk berkhutbah.Apabila mimbar yang baru sudah siap,Rasulullah s.a.w mula menggunakannya.Tiba-tiba mimbar yang lama yang dibuat dari pohon tamar itu menangis sedih dek kerana Rasulullah s.a.w tidak menggunakan ia lagi. Tangisan itu bukan sahaja didengari oleh Rasulullah s.a.w bahkan para sahabat turut mendengar tangisan itu  seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat.
Lalu Rasulullah s.a.w memeluk pohon tamar itu sambil berkata:
“Jika engkau mahu,aku akan kembalikan engkau seperti pohon sedia kala dan jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah s.w.t  agar engkau akan menjadi pohon di syurga kelak.”

Pohon tamar itu memilih pilihan yang kedua,maka ia ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga kelak.Pohon tamar itu berkata :
“Aku memilih negeri yang kekal abadi berbanding negeri yang fana ini”.Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya batang tamar itu di tanam di bawah mimbar itu.

Disebutkan bahawa Ibnu Umar r.d.h meletakkan tangannya pada tempat duduk Rasulullah s.a.w di atas mimbar Rasulullah s.a.w,kemudian meletakkan (menyapukan) tangannya itu ke wajahnya.

Daripada Hasan al-Basri
Apabila meriwayatkan kisah ini,maka beliau pun menangis dan berkata :
“Wahai hamba Allah!Batang tamar pun menangis kerana ridukan Rasulullah s.a.w,maka kamu semua lebih utama untuk merasakan rindu bertemu dengan Rasulullah s.a.w

Masya Allah…hebat sungguh pohon tamar ini menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah s.a.w  tetapi bagaimanakah dengan tangisan kita?Adakah tangisan kita hebat seperti pohon tamar itu? Sepatutnya kita perlu ada rasa "malu" dan "cemburu" kerana tangisan kita tidaklah seperti tangisan pohon tamar itu.Kita renungkan bersama.

Kesimpulan yang ingin saya bawakan ialah bersederhanalah dalam menghadapi kesedihan,kekecewaan dan sebagainya kerana kegembiraan itu akan datang dengan izin Allah dan bersederhanalah dalam kegembiraan kerana bila-bila masa sahaja kesedihan akan hadir.Andai tangisan itu untuk Allah,Rasulullahs.a.w dan umat,menangislah kalian semahu-mahunya, kerana dengan tangisan yang sebegini,secara tidak langsung kita akan cuba untuk memperbaiki diri dan sentiasa memikirkan masalah umat.Andai kita mampu mengalirkan air mata untuk mengubati kesedihan diri sendiri,maka kita perlu memaksa dan berusaha menangis untuk Allah,Rasulullah dan permasalahan umat.Kita adalah rantai-rantai perjuangan yang akan mengislah dan membentuk  umat bermanhajkan islam dan jangan jadikan perjuangan itu tamat di sebabkan kita.Semoga kita dalam kalangan orang yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.. salam ukhuwwah fillah..:-)

Sabtu, 10 Disember 2011

Langkahku yang pertama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas nikmat iman dan islam serta izin dan kekuatan daripadaNYA,saya dapat membina blog peribadi saya buat ketika ini.Hasrat di hati telah lama tersimpan untuk membuat blog tetapi atas kesuntukan masa dan terpaksa memikul beberapa tanggung jawab,impian terpaksa di tangguhkan buat seketika waktu sehinggalah ke hari ini, atas bantuan ahli bait saya, akhirnya saya dapat mencoretkan sedikit sahaja luahan hati ketika ini...Insya Allah...saya akan menjadikan blog ini sebagai medan dakwah dan medan diskusi sebagai modal tambahan buat kita semua...insya allah...Akhir kalam salam sayang buat semua...wassalam